Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lagi dadah diisi dalam paket jus buah dirampas polis
Lagi dadah diisi dalam paket jus buah dirampas polis

Tidak sempat jual ‘dadah perisa buah’, bilik motel diserbu

MIRI, 21 April : Seorang pengedar dadah tidak sempat menikmati ‘untung besar’ apabila bilik motelnya di sini diserbu polis Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Sabri Zainol berkata, dalam operasi pada pukul 10.30 malam itu oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 44 tahun itu berjaya ditahan.

Katanya, polis kemudian merampas sebanyak 99 paket jus yang kononnya berperisa epal seberat 3,150 gram dan 72 paket bungkusan jus mangga seberat 2,300 gram.

“Kesemua bungkusan itu berisi dadah jenis ekstasi yang nilainya dianggarkan mencecah RM102,600,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Dadah yang diisi dalam paket jus buah berjaya dirampas polis dalam operasi pada Isnin lepas.

Katanya, keputusan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Baca > > > 100 paket minuman ‘mangga dadah’ dirampas

“Suspek yang bergerak solo dipercayai belum sempat untuk menjual bekalan dadah itu di pusat-pusat hiburan kerana masih awal.

“Polis percaya suspek menjual setiap paket jus itu kepada pengunjung dengan harga RM600,” katanya.

Beliau memberitahu, suspek direman selama lima hari sehingga 24 April depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan