Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bomba Sarawak jalankan rondaan malam bermula hari ini

KUCHING, 20 April : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan melakukan rondaan malam bagi mencegah kes kebakaran pada musim perayaan Aidilfitri di negeri itu bermula hari ini.

Pengarah JPBM Sarawak Datuk Khirudin Drahman@Hussaini berkata sebanyak 38 balai bomba di seluruh negeri akan terlibat dalam rondaan itu yang membolehkan mereka bertindak lebih cepat jika berlaku kebakaran. 

“Anggota bomba yang berada di luar balai semasa menjalankan rondaan ini akan dapat memantau keadaan dan boleh bertindak terus jika ada kebakaran kecil,” katanya semasa berucap di Program Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Aidilfitri 2022 di sini hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah, yang merasmikan program itu, berkata anggota setiap balai bomba terlibat akan meronda di kawasan dalam lingkungan lima kilometer.

“Rondaan ini sangat penting bagi keselamatan kita, jadi kita yang dapat tidur nyenyak ini harus berterima kasih kepada pihak bomba,” katanya.

Beliau berkata setakat 31 Mac lepas, bantuan bernilai RM441,305 disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak bagi membantu 385 mangsa dalam 37 kes kebakaran di negeri itu.

“Sepanjang tahun lepas, jabatan terbabit membelanjakan keseluruhannya sebanyak RM1,681,325 bagi membantu 1,419 mangsa dalam 109 kes kebakaran sementara RM2,361,811 dibelanjakan pada 2020 bagi membantu 1,934 mangsa 118 kes kebakaran,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan