Foto: Hope TV (Twitter)
NAIROBI, 20 April : Atlet wanita berasal dari Kenya, Damaris Muthee, 24, ditemukan mati di sebuah rumah di Iten, di bahagian barat laut negara itu.
Timbalan Pesuruhjaya Daerah Elgeyo Marakwet Julius Maiyo berkata mayat Muthee ditemukan berdekatan dengan lokasi atlet Agnes Tirop yang juga dijumpai mati enam bulan lalu, lapor Xinhua.
Maiyo berkata Muthee mewakili Bahrain dan sedang menjalani latihan di Iten.
Mangsa dipercayai dibunuh seorang lagi atlet dari Ethiopia memandangkan mayatnya yang sudah reput dijumpai di atas katil atlet itu pada 3 petang Selasa, selepas suspek menghubungi jiran dan memberitahu dia telah membunuh teman wanitanya.
Suspek yang dikenali Koki Fai dilaporkan telah melarikan diri. – TVS