Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penunggang motosikal maut bertembung lori

KUCHING, 20 April : Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Astana, dekat sini hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Bingkok John berkata, ketika kejadian kira – kira pukul 7.45 pagi, mangsa dari arah Bulatan Mahkamah menuju ke arah Lorong Petra 1.

Katanya, setibanya di lokasi, motosikal mangsa yang berusia 43 tahun itu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

“Akibat kemalangan ini, penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, pemandu lori berusia 56 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat telah dibawa ke Unit Forensik , Hospital Umum Sarawak untuk menjalani ujian COVID-19 sebelum dibedah siasat,” tambahnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kedua-dua kenderaan juga ditahan untuk pemeriksaan PUSPAKOM,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan