Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

ICU JPM sasar sifar miskin tegar di Sarawak pada 2025

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 20 April : Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri komited dengan sasaran untuk membasmi golongan miskin tegar di negeri ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruji Ubi berkata, misi berkenaan diharap dapat dicapai menjelang 2025.

“Sarawak antara negeri yang mempunyai bilangan miskin tegar yang kita usahakan untuk sifar miskin tegar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ruji berkata, pihaknya juga akan memastikan keperluan untuk penyelarasan projek-projek di negeri ini dapat disegerakan.

Katanya sebanyak RM4.1 bilion diperuntukkan kepada Sarawak menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Perkara tersebut juga menjadi perhatian Premier Sarawak.

“Beliau berharap supaya projek -projek berkenaan dapat dilaksanakan dengan kerjasama agensi Kerajaan Persekutuan dan agensi kerajaan negeri,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan