KUCHING, 20 April : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini sedang memburu enam individu yang dipercayai terlibat dalam kes pecah amanah sejak 2006.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, kesemua suspek merupakan antara 34 individu yang dikehendaki dalam pelbagai kes jenayah komersil di sini.
Katanya, mereka terdiri terdiri daripada 29 lelaki termasuk lima wanita yang berumur antara 26 hingga 52 tahun.
“Daripada 34 kes berkenaan, empat suspek terlibat dalam Macau Scam dan tiga terlibat dalam kesalahan pinjaman tidak wujud,”katanya.
Menurut Ahsmon, lima lagi suspek dipercayai dapat membantu siasatan kes Parcel Scam dan Love Scam.
Beliau memberitahu, turut dicari ialah 16 suspek yang terlibat dalam kes penipuan jual beli tanah, pelaburan jongkong emas dan penyalahgunaan nama persatuan. -TVS