Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MUKAH, 19 April : Dua penganggur ditahan oleh IPD Mukah kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Judan Mukah, pada Isnin.
MUKAH, 19 April : Dua penganggur ditahan oleh IPD Mukah kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Judan Mukah, pada Isnin.

Rumah tidak bernombor jadi ‘port’ hisap dadah diserbu polis

MUKAH, 19 April : Tindakan dua penganggur menjadikan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Judan, di sini sebagai ‘port’ menghisap dadah berakhir apabila diserbu polis semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd. Rizal Alias berkata, ketika operasi dilakukan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada pukul 11.45 pagi semalam, kedua – dua suspek ketika itu sedang ‘berehat’ di ruang tamu rumah berkenaan.

Katanya, pemeriksaan di situ telah menemukan satu beg silang bewarna hitam di atas lantai.

“Polis menjumpai dua keratan tiub straw berwarna kuning dan biru yang berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 0.30 gram dengan anggaran nilai RM50,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, berdasarkan siasatan awal , kedua-dua suspek mengaku terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah sejak Disember tahun lepas.

“Seorang lelaki berusia 38 tahun yang ditahan itu dipercayai mempunyai tiga rekod jenayah lampau manakala ujian air kencing mendapati mereka berdua positif dadah jenis amphethamine,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan