Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1443H/2022 di Masjid An-Nur Sibu pada 18 April

Ekonomi baharu perkenal Sarawak di mata dunia

SIBU, 19 April: Kerajaan Sarawak yang dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mengambil langkah berani ke arah ekonomi baharu berteraskan teknologi.

Jelas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ekonomi baharu telah meletakkan Sarawak pada tahap tertinggi.

“Sebagai Ketua Kerajaan GPS yang diberi mandat yang begitu besar oleh rakyat Sarawak pada PRN12, dan disokong oleh rakan-rakan dalam Kabinet termasuk yang bukan Islam, saya telah membawa rakyat mengorak langkah yang agak berani ke arah ekonomi bentuk baharu yang berteraskan teknologi,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1443H/2022 di Masjid An-Nur di sini.

Katanya, Sarawak seperti negara-negara lain yang sudah maju seharusnya menggunakan teknologi untuk meletakkan ekonominya pada tahap yang tertinggi berdasarkan bidang-bidang keilmuan masa kini.

“Pada zaman ini, para saintis memberi amaran kepada manusia sejagat bahawa planet Bumi harus dihindar daripada pemanasan atau global warming dengan pengeluaran gas ‘greenhouse’ akibat aktiviti manusia,” ujarnya.

Oleh itu, Sarawak di bawah Kerajaan GPS melihat bahawa usaha dunia untuk mengurangkan pemanasan global merupakan antara peluang yang tidak wujud sebelum ini.

“Lahirlah perlumbaan dunia sekarang ini ke arah ekonomi yang berteraskan bahan bakar yang kurang kandungan karbonnya, seperti penjanaan elektrik daripada kuasa air, iaitu hidro; penggunaan bahan bakar yang tidak mengeluarkan asap, atau tanpa emisi, tetapi mengeluar air, iaitu gas hidrogen.

“Saya pasti jika kita tidak mengorak langkah sekarang Sarawak akan ketinggalan,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut berbangga kerana negara-negara lain kini telah mengenali usaha Sarawak dan menjemput beliau untuk berkongsi serba sedikit pengalaman yang ada sambil meneroka peluang perkongsian dengan negara-negara luar.

“Minggu hadapan saya akan berucap di Singapura dan pada awal bulan Mei saya akan berucap di Rotterdam, Belanda mengenai ekonomi bentuk baharu yang menjadi matlamat Sarawak dan matlamat seluruh dunia yang maju,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan