Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPDNHEP SIASAT ISU HARGA TIKET PENERBANGAN DOMESTIK TINGGI
LABUAN, 18 April -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kiri) menampal pelekat Jualan Malaysia di salah sebuah pasaraya pada sesi Walkabout Program Jualan Malaysia di Kompleks Ujana Kewangan Labuan hari ini. Beliau turut melawat bazar Ramadan Labuan Walk sempena Operasi Pantau KPDNHEP sebelum merasmikan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) petang ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

KPDNHEP siasat isu harga tiket penerbangan domestik tinggi

LABUAN, 18 April : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menyiasat dakwaan kenaikan tambang penerbangan yang tinggi bagi penerbangan domestik semasa musim perayaan Aidilfitri.

Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata jika dakwaan yang tular dalam pelbagai platform media sosial berhubung perkara itu didapati benar, tindakan boleh diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Isu kenaikan tambang penerbangan secara sewenang-wenangnya dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak telah diketengahkan dalam pelbagai platform media sosial termasuk di akhbar.

“Saya difahamkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengadakan sesi perbincangan dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia untuk mencapai persefahaman bagi menurunkan harga tambang penerbangan,” katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan meminta Nanta melihat isu kenaikan harga tiket penerbangan itu yang disifatkannya sebagai ‘agak melampau’.

Pagi tadi pula Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dilaporkan berkata MOT, MAVCOM, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta tiga syarikat penerbangan – Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo – telah berbincang dan mencapai kata putus berhubung harga tiket penerbangan ketika musim perayaan, yang akan diumumkan tidak lama lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan