Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

56 individu ‘melayang’ RM250 kerana merokok di Sibu

SIBU, 19 April : Sebanyak 56 notis kesalahan merokok di tempat makan dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu sejak Januari hingga 14 April tahun ini.

Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu menerusi kenyataan semalam memaklumkan, kesemua individu berkenaan dikompaun sebanyak RM250.

“Kegagalan membayar kompaun akan menyebabkan penerima akan dihadapkan ke mahkamah yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun,” kata kenyataan itu.

Bagi pemilik premis yang gagal mematuhi peraturan berkaitan larangan merokok, denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan boleh dikenakan.

Pada masa sama, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu memaklumkan, operasi penguatkuasaan akan diteruskan di seluruh bandar ini.

“Larangan merokok di tempat makan bertujuan untuk melindungi golongan bukan perokok daripada terdedah dengan bahaya asap rokok.

“Kami memohon kerjasama semua pihak agar mematuhi larangan merokok,” jelas kenyataan itu lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan