Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pak cik gila seks cabul pelajar sekolah di Semariang tumpas

KUCHING, 17 April : Perbuatan liar seorang lelaki yang menjadikan pelajar perempuan di sekitar Semariang dan Jalan Matang Link sebagai ‘sasaran’ untuk melampiaskan nafsu berakhir apabila dia ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek berusia 47 tahun itu dipercayai terlibat melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang mangsa pada Jumaat lepas.

Katanya, ketika kejadian, mangsa yang berusia 16 tahun sedang berjalan seorang diri di Jalan Matang Link ke rumahnya selepas tamat waktu persekolahan.

“Suspek yang menunggang motosikal berhenti dan berpura – pura bertanya sesuatu kepada pelajar tingkatan empat itu.

“Secara tiba – tiba lelaki itu bertindak meraba bahagian dada mangsa dan terus melarikan diri,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, pada 12 April lalu, dua lagi kejadian serupa dilaporkan berlaku di Semariang.

Beliau memberitahu, suspek kini direman selama empat hari sehingga 21 April untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan – Kesalahan Seksual Terhadap Kanak – kanak 2017. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan