Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki ditangkap selepas raba punggung suri rumah

MIRI, 17 April :  Seorang lelaki ditahan kurang 24 jam selepas disyaki meraba bahagian punggung seorang suri rumah  dalam kejadian di sebuah rumah di Bandar Baru Permyjaya di sini, pada Jumaat.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan pada jam 11.30 malam tadi selepas polis menerima laporan yang dibuat wanita berusia 25 tahun itu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 12.30 tenga malam itu , mangsa yang berada di rumahnya didatangi seorang lelaki tidak dikenali dan mencari suaminya.

Wanita itu memaklumkan bahawa suaminya tiada di rumah sebelum lelaki itu bertindak mengeluarkan sebilah pisau dan terus meraba bahagian punggung mangsa.

Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa terkejut lalu menjerit meminta tolong menyebabkan suspek melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Chabu Naga ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek.

Katanya, polis turut merampas sebilah pisau yang digunakan suspek semasa kejadian.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan