Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
kes sembuh covid lebih tinggi
kes sembuh covid lebih tinggi

COVID-19 : Kes sembuh lebih tinggi berbanding kes baharu semalam

KUALA LUMPUR, 17 April : Sebanyak 14,346 kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 dilaporkan semalam, lebih tinggi berbanding kes baharu iaitu 9,705 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu dilaporkan itu, 9,675 adalah kes tempatan dengan 96.1 peratus melibatkan warganegara dan 3.9 peratus bukan warganegara manakala 30 kes import terdiri daripada 83.3 peratus warganegara dan 16.7 peratus bukan warganegara.

“Sebanyak 331 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam dengan 146 kes atau 44.1 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala selebihnya 185 kes atau 55.9 peratus adalah kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula menurun kepada 81 pesakit semalam dengan peratusan penggunaan ventilator adalah sembilan peratus.

Mengenai fasiliti kesihatan khusus untuk kes COVID-19, Dr Noor Hisham berkata tiada negeri yang mencatat penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus manakala Putrajaya merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu 53 peratus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan