Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Beritahu saya jika projek tidak patuhi spesifikasi – Uggah

KUCHING, 16 April : Timbalan Premier Sarawak , Datuk Amar Douglas Embas Uggah mahukan pemimpin akar umbi memaklumkan kepadanya jika terdapat projek untuk rakyat telah dibuat tidak mengikut spesifikasinya.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, pemimpin terutamanya pada akar umbi seharusnya menjadi mata, suara dan telinga kerajaan.

Beliau berkata mana-mana projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar, Projek Kecil Luar Bandar ataupun daripada kerajaan pusat, mesti memenuhi spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR).

“(Projek seperti) pembinaan jambatan, jalan raya dan lain-lain yang diluluskan untuk dilaksanakan, ia perlu memenuhi spesifikasi JKR dari seri penggunaan bahan, kualiti, kuantiti, saiz atau panjang dan lain-lain.

“Semua ini dijelaskan dalam Jadual Bahan kepada kontraktor. Jadi, isu sama ada ia disiapkan tidak mengikuti spesifikasi tidak sepatutnya timbul,” katanya.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata adalah suatu yang menyedihkan jika sesuatu projek itu tidak disiapkan dengan betul, walaupun peruntukan telah pun diberikan untuknya.

“Projek-projek itu sepatutnya untuk dimanfaatkan oleh rakyat. Ia tidak sepatutnya menjadi punca perdebatan dan rasa tidak puas hati antara mereka dan kerajaan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan