Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak United FC tumpas 0-1 kepada Kedah Darul Aman FC dalam perlawanan pertama Liga Super 2022 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching di sini malam tadi.
Sarawak United FC tumpas 0-1 kepada Kedah Darul Aman FC dalam perlawanan pertama Liga Super 2022 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching di sini malam tadi.

Hilang empat tonggak, SUFC akui getir jumpa Terengganu FC

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 16 April : Sarawak United FC (SUFC) menyedari bakal berdepan tugas sukar ketika menerima kunjungan Terengganu FC pada saingan Liga Super di Stadium Negeri malam esok.

Ketua Jurulatihnya, B. Sathianathan berkata, ini berikutan skuad Ngap Sayot terus ‘diuji’ apabila tiga pemainnya iaitu Lee Chang Hoon, Boris Kok dan Norman Angkun dijangkiti COVID-19.

“Kemudiannya pemain tengah, Stuart Wark pula mengalami kecederaan dan tidak dapat beraksi, namun kami akan tetap berdepan mereka (Terengganu FC),” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Tamat empat aksi awal liga, SUFC yang baharu ‘naik pangkat’ ke Liga Premier masih buntu kemenangan apabila sekadar mencatatkan satu keputusan seri dan tiga kekalahan.

Terbaharu, pada perlawanan keempat yang merupakan Borneo Derby minggu lalu, mereka tidak bernasib baik apabila tewas 0-1 kepada Sabah FC.

Ayuh turun stadium sokong Sarawak United.
B. Sathianathan dijangka akan menurunkan pemain muda untuk mengibarkan cabaran Sarawak United FC malam esok.

Di sebalik perkembangan itu, Sathianathan berkata, beliau tidak begitu bimbang kerana masih boleh memberi peluang kepada beberapa pemain muda tempatan yang berpotensi.

“Saya nampak pemain-pemain Sarawak apabila diberi peluang , mereka akan melakukan yang terbaik,”katanya.

Mengenai tetamu Pantai Timur yang bakal ditentang oleh anak buahnya esok, Sathianathan berkata, pertemuan itu bukan tugas mudah kerana pasukan Penyu mempunyai rekod yang baik.

Sarawak dijangka akan menurunkan Uche Agba bagi menggantikan Francis Kone sebagai penyerang utama yang dikhabarkan masih belum pulih akibat kecederaan pada perlawanan minggu lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan