Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bot karam di Semporna, dua mangsa terakhir ditemui terapung
Bot karam di Semporna, dua mangsa terakhir ditemui terapung

Bot karam di Semporna : Dua mangsa terakhir ditemukan terapung

SEMPORNA,  16 April : Dua mangsa terakhir yang hilang dalam kejadian bot karam pada Khamis lepas ditemukan terapung berhampiran lokasi kejadian di perairan Kampung Tandoan, Pulau Timbun Mata pagi ini.

Ini menjadikan keseluruhan tujuh daripada 21 penumpang bot itu maut dalam kejadian tersebut.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)  Zon Maritim Semporna , Komander Maritim Semporna Norrimi Hassan berkata mangsa Noranis Harimalam, 14,  serta Aiman, 7, ditemukan penduduk kampung pada 7.50 pagi.

Baca > > > Bot karam, lima dikhuatiri lemas di Pulau Tandoan, Semporna

Baca > > > Tiga kanak – kanak antara lima yang lemas, dua masih hilang

“Kedua-dua mangsa ditemukan serentak oleh penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. 

Norrimi berkata kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Semporna untuk tindakan lanjut. 

Semalam Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah dilaporkan berkata lima individu maut, manakala dua hilang dan 14 individu lagi selamat selepas bot dinaiki mereka karam di  perairan Kampung Tandoan,  Pulau Timbun Mata dekat sini.

Mohd Farhan berkata juragan bot itu berusia 64 tahun ditahan semalam bagi membantu siasatan kejadian itu, di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu kerana menyebabkan kematian dengan cuai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan