Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PATI Lalok dalam ladang ditahan
PATI Lalok dalam ladang ditahan

PATI ‘lalok’ dalam ladang di Balingian kena cekup

MUKAH, 16 April : Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di sebuah ladang di Balingian, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, lelaki berusia 37 tahun yang berasal dari Makassar itu diberkas menerusi serbuan yang dilakukan anggotanya pada pukul 8.30 pagi di sebuah blok dalam ladang berkenaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut pada tubuh suspek telah menjumpai satu paket plastik lutsinar dan satu keratan tiup straw berwarna oren berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 1.13 gram.

“Dadah itu dianggarkan bernilai RM180 dan kesemua barang telah merampas untuk dijadikan barang kes,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Muhamad Rizal memberitahu, suspek turut gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan