Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tidak perlu lagi pinjam laptop jika dapat PerantiSiswa – Pelajar universiti

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 15 April  : ‘Saya tidak perlu lagi pinjam laptop abang’.

Demikian kata pelajar jurusan Sains Seni Bina di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak , Bradley Dundang sekiranya permohonan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang mendapat ‘lampu hijau’.

Bradley berkata, sekiranya memiliki laptop sendiri, ia juga akan melancarkan proses pembelajarannya.

“Sekarang saya dan abang berkongsi menggunakan komputer riba.

“Bagaimanapun jika jadual kelas dalam talian kami berjalan serentak, saya tidak mempunyai laptop untuk mengikuti pembelajaran,”katanya kepada TVS.

Sehubungan itu, Bradley berharap agar proses permohonannya mendapat pertimbangan sewajarnya.

Katanya, di sebalik kekurangan peralatan pembelajaran, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus menuntut ilmu.

Kerajaan sebelum ini memperkenalkan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus bagi pelajar institut pengajian tinggi (IPT) daripada golongan B40 yang permohonannya dibuka hari ini.

Dijangkakan sebanyak 400,000 pelajar seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada program itu meliputi pelajar IPT awam dan swasta, kolej komuniti dan kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, termasuk mereka yang baru mendapat tempat di universiti nanti.

Pelajar Jurusan Sarjana Muda Kepujian Sains Seni Bina , Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak Bradley Dundang berharap agar pemohonannya diluluskan.

Sementara itu, Syahmina Shuardi yang merupakan pelajar Jurusan Seni Bina, Perancangan dan Ukur di UiTM mengakui, dia berasa teruja apabila mengetahui kerajaan memperkenalkan inisiatif berkenaan untuk pelajar yang kurang berkemampuan.

Syahmina Shuardi turut berharap agar dia mendapat komputer riba menerusi inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Katanya, sekiranya menerima peranti berkenaan, dia tidak perlu bimbang untuk menyiapkan tugasan kerana komputer ribanya semakin uzur dan perlu dicas sepanjang masa berikutan masalah bateri.

“Sebenarnya laptop saya masih boleh digunakan cuma risau sekiranya bekalan elektrik terputus, ia akan melambatkan kerja saya,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan