Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tipu e-Wallet, lima ‘pengurus’ termasuk warga asing ditangkap

KUALA LUMPUR, 15 April : Serbuan polis di sebuah kediaman di Bukit Jalil berjaya memberkas lima individu yang disyaki terlibat dalam penipuan menguruskan e-Wallet serta transaksi jualan beli saham cryptocurrency.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki Cina tempatan, dua wanita Cina tempatan dan seorang wanita warga asing.

Polis katanya turut merampas beberapa barangan kes termasuk komputer riba, telefon bimbit, unit moden dan pemprosesan komputer (CPU).

“Barangan ini dipercayai digunakan untuk kegiatan penipuan mengurus e-Wallet cryptocurrency milik pelanggan warganegara tempatan secara dalam talian,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Muhammad Idzam berkata, polis percaya sindiket ini dipercayai terlibat dengan kegiatan mengurus dan memanipulasi pelanggan dalam traksaksi jualan saham cryptocurrency sejak November 2020.

Katanya, kesemua mereka direman sehingga esok dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan