Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bot Karam, polis mulakan siasatan terperinci
Bot Karam, polis mulakan siasatan terperinci

Bot karam : Polis mulakan siasatan terperinci

SEMPORNA, 15 April : Polis memulakan siasatan terperinci membabitkan semua aspek untuk mengenal pasti punca kejadian bot karam di perairan Pulau Timbun Mata, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, ketika ini kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam kejadian kira – kira pukul 10 malam tadi, bot berkenaan yang dipercayai membawa 20 penumpang yang berusia setahun hingga 60 tahun karam selepas dipukul ombak ketika berada di perairan Pulau Tandoan berhampiran Kampung Bakung – Bakung.

Baca > > > Bot karam, lima dikhuatiri lemas di Pulau Tandoan, Semporna

Setakat ini lima mayat ditemukan termasuk tiga kanak – kanak manakala dua masih hilang.

Seramai 13 penumpang bot berkenaan berjaya diselamatkan dan ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan oleh pelbagai agensi kerajaan.

Sementara itu, Mohd. Farhan turut menasihatkan semua pengusaha bot, penumpang dan penduduk perlu sentiasa menjaga keselamatan dengan mematuhi peraturan jumlah penumpang serta memakai jaket keselamatan ketika berada di laut.

Mohd. Farhan berkata, mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Semporna. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan