Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Peralihan ke fasa endemik bantu percepatkan projek rakyat – Safiee Ahmad

ByLuqman Muhammad

DARO, 15 April : Pihak kontraktor dilihat mampu untuk melaksanakan setiap projek yang telah diberikan mengikut jadual susulan negara kini berada pada peringkat peralihan ke fasa endemik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, tanggungjawab untuk segera menyiapkan projek kini sangat dituntut memandangkan banyak projek yang tergendala sejak 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Perkembangan semasa kini berbeza apabila banyak projek kesejahteraan rakyat yang tertangguh sebelum ini mula disambung,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir mendengar taklimat status terkini perlaksanaan projek jalan dari Kampung Penasu ke Nanga Semah oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Bahagian Mukah di sini semalam.

Menurut Safiee, projek itu telah diluluskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika lawatan kerja ke kampung berkenaan pada 2018.

Katanya, projek itu sangat penting sebagai penghubung kepada penduduk kawasan sekitar yang selama ini bergantung kepada pengangkutan air.

“Ia juga akan memberi impak besar kepada masyarakat sekitar kerana dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka kerana akan lebih mudah untuk memasarkan hasil tani dan nelayan,”katanya.

Terdahulu, beliau turut menghadiri majlis penyampaian Cek Ex-Gratia kepada enam penerima lot tanah yang terlibat dengan projek pembinaan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan