Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

SEDC serah zakat RM150 ribu kepada Baitulmal Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 15 April : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) semalam menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM150 000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Pengerusinya, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain berkata, pihaknya berharap agar zakat berkenaan akan dapat disalurkan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

“SEDC juga berharap agar dapat bersama dengan TBS untuk membantu golongan yang memerlukan di negeri ini,”katanya.

Pada majlis berkenaan, TBS diwakili oleh Timbalan Pengurus Besarnya, Bolhassan Iskandar Taibi.

Turut menyaksikan acara penyerahan replika cek zakat ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pada majlis itu, SEDC turut memberikan sumbangan duit raya dan barangan kelengkapan sekolah kepada kanak-kanak dari Kompleks Kebajikan Laila Taib Kuching.

Acara diteruskan dengan majlis berbuka puasa, solat berjemaah dan terawih bersama 102 anak – anak yatim Lembaga Kebajikan Anak- anak Yatim Sarawak (PERYATIM). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan