Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fatou, gorila tertua di dunia sambut ulang tahun ke-65 di zoo Berlin

Kek beri sempena hari jadi Fatou, gorila tertua di dunia

ByNurul Amarlina

BERLIN, 14 April : Langit cerah serta suhu nyaman musim bunga memberi suasana sempurna untuk sambutan ulang tahun ke-65 Fatou, sang gorila tertua di dunia yang tinggal di Zoo Berlin, lapor Reuters.

Melepasi sambutan jubli emas, zoo berkenaan menganggap Fatou sedang menghampiri status legenda.

“Gorila yang hidup secara liar mempunyai jangka hayat kira-kira 40 tahun.

“Semalam, kami di sini meraikan ulang tahun gorila tertua di dunia,” kata Christian Aust, penjaga haiwan berkenaan.

Bertambah meriah, pihak zoo turut menyediakan kek hari jadi istimewa yang diperbuat daripada nasi, dadih, sayur-sayuran , raspberi dan buah beri biru kepada Fatou.

Menurut Zoo Berlin, gorila merupakan spesies terancam selepas habitat semula jadinya musnah secara berterusan.

“Semakin sedikit haiwan ini yang tinggal di hutan hujan tropika di Cameroon, Republik Afrika Tengah, Gabon dan Republik Congo,” jelas zoo berkenaan.

Pengurusan zoo menambah, gorila merupakan spesies beruk terbesar dengan berat boleh mencecah sehingga 200 kilogram (kg).

Diet haiwan ini meliputi 15 hingga 20 kg daun, rumput, kulit kayu dan buah-buahan.

Selain Fatou, gorila ‘dewasa’ lain yang tinggal di zoo itu termasuklah Mpenzi berumur 36 tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan