Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Gerakan am (pga) sarawak telah menahan 49 orang dan merampas barangan kontraban bernilai rm17.8 juta daripada 39 kes sepanjang tempoh bermula 6 januari sehingga 12 april tahun ini.

PGA Sarawak catat rampasan RM17.8 juta sehingga 12 April

SIBU, 13 April : Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak berjaya merampas barangan bernilai RM17.8 juta menerusi 39 operasi yang dilaksanakan bagi tempoh 6 Januari sehingga 12 April tahun ini.

Timbalan Komandernya, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, turut ditahan seramai 43 lelaki dan dua perempuan tempatan serta empat lelaki warga Indonesia.

Katanya, turut disita sebanyak 23 kenderaan dalam tempoh berkenaan.

“Menerusi lima operasi terbaharu pada awal bulan ini, seramai lima individu lagi ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan berkaitan penyeludupan dan ingkar cukai dengan nilai rampasan keseluruhan lebih RM2.5 juta.

“Operasi pertama pada 6 April, PGA merampas mercun dan bunga api bernilai RM150,500 daripada seorang lelaki berusia 26 tahun dan sehari selepas itu, seorang lagi lelaki ditahan bersama rokok seludup dan bir yang membabitkan nilai RM26,310,”katanya.

Beliau memberitahu, operasi pada hari berikutnya pula di Limbang telah berjaya menahan seorang lelaki berumur 54 tahun dan merampas rokok seludup bernilai RM506,912 termasuk cukai.

Shaikh Abdul Adzis berkata, serbuan keempat pula membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia.

“Hasil pemeriksaan telah menemui sebanyak 8,400 karton rokok putih dan 17,600 karton rokok kretek pelbagai jenama di dalam sebuah lori dengan anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM1,549,560,”katanya.

Kes kelima pada hari sama menyaksikan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan dan seterusnya merampas 1,872 karton rokok putih yang melibatkan nilai RM280,800 termasuk cukai.

Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan untuk siasatan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan