Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hina Premier Sarawak, PBB Jemoreng buat laporan polis terhadap Raja Jalai

MUKAH, 13 April : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jemoreng membuat laporan polis terhadap seorang pengguna Facebook dikenali Raja Jalai yang menghina Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ketua Pemuda PBB kawasan berkenaan, Hafiz Salim berkata, pihaknya mengambil tindakan itu kerana paparan pada akaun berkenaan sungguh jelik, berniat jahat dan cuba mencemar nama baik Premier Sarawak.

“Kami kesal kerana perbuatan ini dilakukan ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa pada bulan yang mulia ini,”katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Terdahulu Hafiz bersama Setiausaha PBB Jemoreng, Nazzim Bahani membuat laporan pada pukul 10.07 pagi tadi di Balai Polis Matu.

Menurut Hafiz, antara hantaran di Facebook berkenaan yang dilihat melampau ialah pemiliknya menggambarkan Premier Sarawak dalam keadaan mabuk.

“Sehubungan itu, kami berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Si pelaku mesti bertanggungjawab terhadap kesemua tulisan yang dibuatnya itu,”katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya turut menggesa pengguna media sosial supaya menggunakan platform berkenaan secara berhemah.

Katanya, pemilik akaun Facebook perlu bertanggungjawab ke atas tulisan mereka yang dikongsi kepada umum.

“Setiap hantaran yang berunsur fitnah, hasutan dan menyalahi undang undang , pasti akan diambil tindakan.

“Kebebasan bersuara itu ada hadnya,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan