Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak rekod sifat kematian
Sarawak rekod sifat kematian

COVID-19 : Tiada kematian di Sarawak , 11 daerah ‘hijau’

Foto Faitullah Morni

KUCHING, 13 April : Kes baharu COVID-19 di Sarawak hari ini menunjukkan sedikit peningkatan apabila merekodkan sebanyak 295 kes baharu berbanding 245 sehari sebelumnya.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, pertambahan itu sekaligus menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 303,175 sejak negeri ini dilanda pandemik.

“Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 288 berada pada kategori satu dan dua manakala hanya tujuh kes sahaja dalam kategori tiga, empat dan lima,” jelas JPBN menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, JPBN turut mengesahkan bahawa tiada kes kematian baharu.

Ini menjadikan kes kumulatif kematian COVID-19 di Sarawak kekal seramai 1,719 orang. 

Kuching masih menjadi daerah yang mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 121 kes manakala 11 daerah lagi tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan