Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kulleh Comrades 1
Kulleh Comrades 1

Kulleh Comrades dari Sarawak dijemput ‘beraksi’ di Venice Biannale 2022

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 13 April : Kumpulan muzik, Kulleh Comrades yang dianggotai Orang Asal Sarawak teruja apabila dijemput membuat persembahan pada Venice Biannale 2022, iaitu persembahan seni antarabangsa yang telah dianjurkan selama 59 tahun di Itali.

Menampilkan muzik yang berakar umbi tradisi Orang Asal Sarawak, kumpulan berkenaan tidak sabar untuk menggegarkan pentas festival muzik berkenaan.

Pengasasnya, Kulleh Grasi berkata, mereka melihat jemputan berkenaan sebagai peluang yang hanya datang sekali seumur hidup.

“Inilah peluang kami untuk menjadi sebahagian daripada alumni Venice Biannale.

“Menurut penganjur, kami akan membuat persembahan pada 22 April ini iaitu pada malam pembukaan yang dikenali sebagai ‘aabaakwad’ atau bermaksud hilang selepas ribut,”katanya ketika ditemui TVS semalam.

Di sebalik keterujaan kerana bakal membuat persembahan di Itali, kumpulan ini mengakui mereka memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

Menurut Kulleh, acara berkenaan melibatkan perkumpulan artis, kurator dan pemikir orang asli antarabangsa bagi program Pavillion Sami untuk meraikan warisan orang asli.

Katanya, mereka akan menggunakan peluang itu untuk mempromosikan lagu tradisional rakyat Sarawak namun akan menampilkan susunan dan alunan muzik yang lebih segar.

“Sudah tentu persembahan kami juga akan menggabungkan lagu rakyat, puisi dan balada Nusantara,”katanya.

Namun di sebalik keterujuaan itu, ada ‘gundah’ yang bersarang di hati ahli kumpulan ini.

Ini kerana menurut Kulleh, mereka sangat memerlukan sokongan pelbagai pihak dalam merealisasikan cita- cita membuat persembahan di pentas antarabangsa itu.

“Ini kerana kami sebagai pengkarya seni bukan sahaja membawa nama Sarawak tetapi turut bertanggungjawab memperkenalkan nama Malaysia di luar negara.

“Venice Biannale bukan sekadar festival muzik kerana ia turut menjadi platform untuk membincangkan mengenai ekosistem seni orang asal di peringkat global dan oleh itu, Sarawak dan Malaysia harus turut serta,”jelasnya.

Selain Grasi, Kulleh Comrades yang diasaskan khas untuk Venice Biannale 2022 turut dianggotai Jenn Rossem, Stanny Benedict, Nelson Sabi, Mathew Dalin Michael Mowet dan Gabriel Fairuz Louis.

Venice Biannale 2022 bakal dilangsungkan bermula 21 hingga 26 April 2022 dan Kulleh Comrades dijangka terbang ke Itali pada 20 April ini. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found