Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rotiboy buka cawangan pertama di Sarawak
Rotiboy buka cawangan pertama di Sarawak

Rotiboy buka cawangan pertama di Sarawak

ByElani Rosllan

Kredit gambar: Tangkap layar dari Facebook Plaza Merdeka

KUCHING, 14 April : Rotiboy, roti jenama tempatan hari ini melancarkan pembukaan cawangan pertamanya di Sarawak.

Memilih Plaza Merdeka yang merupakan pusat membeli belah ikonik di bandar raya ini, Rotiboy dijangka akan membuka satu lagi cawangan di Hann’s Esplanade, Sibu juga pada bulan ini.

“Hello Kuching, Sarawak. Outlet pertama di Bumi Kenyalang telah dibuka hari ini. Mari serbu beramai-ramai,” tulis Rotiboy menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Syarikat roti yang bermula di Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu telah berada di pasaran selama 24 tahun dan mempunyai lebih 100 cawangan.

Rasa enak dan wangi roti keluaran syarikat berkenaan menyaksikan mereka berjaya bertapak di beberapa negara Asia termasuklah Arab Saudi, Indonesia, Thailand, Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Suasana sewaktu pembukaan outlet pertama Rotiboy di Plaza Merdeka, Kuching. [Sumber: Tangkap layar dari Facebook Plaza Merdeka]

Menerusi siaran langsung Facebook Plaza Merdeka, orang ramai kelihatan teruja dengan pembukaan kedai pertama Rotiboy di negeri ini.

Bagi mereka yang belum pernah merasai roti di kedai ini, jangan lupa berkunjung ke Plaza Merdeka, Kuching.

Kedai bakeri ini terletak di aras LG, berhampiran Everrise dan Celcom. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan