Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Muamer Salibasic cipta sensasi kemudi FK Bosna Mionica

ByLuqman Muhammad

BOSNIA, 13 April : Bekas pemain Sarawak FA, Muamer Salibasic mencipta sensasi sebagai jurulatih selepas berjaya membawa pasukan FK Bosna Mionica menduduki tempat ketiga terbaik dalam saingan Liga Bosnia ketika ini.

Menurut Muamer, beliau akan memastikan usaha untuk memburu mata penuh akan diteruskan dan mahu pasukan itu memburu gelaran naib juara liga musim ini.

“Saya berharap para pemain mampu meneruskan rentak permainan yang hebat bagi untuk penyokong-penyokong kita di sini,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Aksi Muamer ketika mewakili Sarawak FA dalam saingan Liga Malaysia sebelum ini. Foto kredit PDRM FC

Jurulatih yang bercita-cita tinggi itu berjaya membawa pasukan itu ke tahap yang lebih baik sejak mengambil alih pasukan tersebut.

Untuk rekod, Muamer membimbing pasukan itu meraih empat kemenangan dan satu seri dalam lima perlawanan pusingan kedua liga musim ini.

Perlawanan seterusnya, skuad kendaliannya akan berdepan FK Bosna Kalesija pada 16 April 2022 dengan sembilan baki perlawanan masih menanti.

Muamer merupakan bintang import Sarawak FA pada musim 2013 di bawah kendalian Robert Albert dan telah banyak menyumbang kejayaan kepada pasukan Ngap Sayot termasuklah merangkul kejuaraan Liga Premier. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan