Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Remaja perempuan ‘travel’ hampir 500 km ke Bau kerana judi

KUCHING, 13 April : Seorang remaja perempuan ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan judi dalam talian yang berselindung di sebalik kedai makan di Siniawan Sentral, dekat sini semalam.

Lebih mengejutkan, polis mendapati remaja berusia 18 tahun itu sebenarnya berasal dari Tatau, yang terletak kira – kira 478 kilometer (km) dari premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan (DSP) Poge Nyaon berkata, remaja itu ditahan menerusi Op Dadu yang dilancarkan oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau kira – kira pukul 12.30 tengah hari.

Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan kerana terlibat dalam akltiviti perjudian.
Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan kerana terlibat dalam akltiviti perjudian.

“Polis turut merampas seunit telefon pintar, sekeping kad sim dan sejumlah wang tunai,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Katanya, remaja berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan