Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kanang Usin, bakal cipta sejarah sebagai anak Sarawak pertama tawan Gunung Everest

ByDayu Adruce

PUTRAJAYA, 13 April: Inspektor Kanang Usin akan menjadi rakyat Sarawak pertama yang bakal menawan Gunung Everest setelah terpilih untuk menyertai pasukan Eksplorasi Keluarga Malaysia Everest 2022.

Sebagai satu-satunya ‘wakil Bumi Kenyalang’, Kanang turut mendapat suntikan semangat daripada Kerajaan Sarawak apabila Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyumbangkan sejumlah dana kepadanya.

Majlis Ringkas Pemberian Dana dan Bendera Sarawak kepada Kanang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol yang mewakili Premier Sarawak.

Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol mewakili Premier Sarawak dalam satu majlis ringkas simbolik penyerahan dana
Delegasi Kelab Eksplorasi Altitud ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Menurut Abdullah, penglibatan Kanang akan mencipta sejarah sebagai warga Sarawak pertama yang bakal menakluki puncak Gunung Everest.

Malah beliau turut menyambut baik penglibatan individu dari kumpulan berbeza dalam ekspedisi ini yang berteraskan konsep Keluarga Malaysia.

“Keunikan kumpulan ekspedisi ini yang terdiri daripada etnik berbeza serta golongan orang kurang berupaya menunjukkan kepentingan untuk kita terus mengekalkan perpaduan antara satu sama lain walaupun dalam suasana kepelbagaian pendapat,’’ ujarnya.

Sementara itu, Kanang menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Premier Sarawak di atas sokongan serta sumbangan beliau.

Beliau turut berharap lebih ramai anak muda dari Sarawak untuk menyahut cabaran serupa pada masa akan datang.

Terdahulu, Kanang bersama delegasi Kelab Eksplorasi Altitud melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan