Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kanak - kanak enam tahun ditemukan rentung kebakaran di Kuala Baram
Kanak - kanak enam tahun ditemukan rentung kebakaran di Kuala Baram

Kanak – kanak lelaki 12 tahun rentung dalam kebakaran di Kuala Baram

MIRI , 12 April : Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran yang berlaku di rumahnya di Kampung Masjid Kuala Baram, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng, Timbalan Penguasa Bomba Mohamad Hamdani Madon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu kira – kira pukul 4.59 petang tadi.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi berkenaan, bomba mendapati rumah berkenaan musnah sepenuhnya.

“Ketika operasi sudah terkawal, pasukan bomba menjumpai seorang mangsa dalam keadaan rentung di bawah timbunan zink di kawasan bawah rumah,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.21 petang.

Berita lanjut menyusul. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan