Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan media mengumumkan, golongan belia berusia di antara 18 sehingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan sudah boleh mendaftar untuk menerima kredit e-tunai sebanyak RM150.

ePemula: Tebus RM150 menerusi empat jenis eWallet

ByElani Rosllan

KUCHING, 12 April: Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan media mengumumkan, golongan belia berusia di antara 18 sehingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan sudah boleh mendaftar untuk menerima kredit e-tunai sebanyak RM150.

Kredit e-tunai dibawah program ePemula ini boleh dituntut dari empat penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat iaitu GrabPay, ShopeePay, BigPay dan Touch ‘n Go eWallet.

Tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula bermula pada 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022, dan boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022. 

Menurut MOF, program ePemula terbuka kepada warganegara Malaysia mengikut kelayakan berikut:

(i) Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU

(ii) Pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi awam/swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat. Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan.

Di bawah Belanjawan 2022, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi program ePemula yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kewangan di samping menggalakkan transaksi secara tanpa tunai dalam kalangan belia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ePemula, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/epemula.html. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan