Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KOTA KINABALU, 12 April : Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik berhampiran rumahnya di sini Kampung Numbak, Kota Kinabalu pada selasa.

Lelaki maut terkena renjatan elektrik

KOTA KINABALU, 12 April: Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik berhampiran rumahnya di sini Kampung Numbak, Kota Kinabalu pada Selasa.

Mangsa, 37, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian selepas cuba mengendalikan wayar hidup.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, sepasukan penyiasat dihantar selepas panggilan mengenai kejadian tersebut diterima kira – kira pukul 7.03 pagi.

“Pihak anggota polis dan agensi lain sudah tiba di tempat kejadian sebaik sahaja anggota kami tiba,” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

Katanya, hasil siasatan pegawai di tempat kejadian, terdapat unsur kecurian elektrik berdasarkan pemerhatian pihak berkuasa dan keadaan mangsa ketika ditemui.

“Bagaimanapun, kami masih tidak mempunyai kepastian sama ada mangsa terbabit dalam kecurian bekalan elektrik di kawasan berkenaan,” ujarnya.

Operasi ditamatkan pada jam 9.02 pagi sebaik sahaja pemeriksaan keselamatan selesai dijalankan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan