Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MAYAT WANITA TANPA IDENTITI DITEMUKAN DALAM GAUNG
Kredit: Polis Daerah Seremban

Suspek utama penemuan mayat wanita, rangka kanak-kanak disyaki terlibat kes dera

ByBernama

SEREMBAN, 12 April : Suspek utama kes penemuan mayat wanita dalam gaung di Kilometer 14 Jalan Lama Bukit Putus, Paroi di sini, pada 20 Mac lepas turut disyaki terbabit dengan kes dera seorang wanita berusia 35 tahun dan anak lelakinya berusia setahun lapan bulan.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki berusia 41 tahun itu turut dikaitkan dengan penemuan rangka dipercayai kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di kawasan belukar berhampiran tangki air milik Pengurusan Air Berhad di Taman Bukit Zamrud, di sini pada 7 April lepas.

Baca > > > Mayat wanita berulat tanpa identiti ditemukan dalam gaung

Baca > > > Rangka kanak – kanak perempuan ditemukan

Beliau berkata perkara itu terbongkar hasil siasatan terhadap suspek yang masih dalam tahanan reman polis itu.

“Polis telah menyiasat secara menyeluruh dan menimbulkan satu kes penderaan terhadap wanita dan anak lelakinya dipercayai sejak awal tahun ini,

“Kita juga syaki wanita tersebut merupakan ibu kepada kanak-kanak perempuan yang cebisan rangkanya ditemukan di Taman Bukit Zamrud itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, suspek utama itu bersama seorang lagi saudara lelakinya berusia 44 tahun serta wanita berusia 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nanda berkata reman ke atas suspek utama dan wanita itu dilanjut hingga 16 April ini manakala seorang lagi lelaki hingga esok selepas tempoh reman ketiga-tiga mereka berakhir semalam.

Bagaimanapun, Nanda berkata setakat ini pihaknya tidak dapat mengesahkan pembabitan dua lagi suspek berkenaan dalam kes dera itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau berkata kesemua kes masih dalam proses pengumpulan bukti untuk melengkapkan siasatan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan