Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nathan Renze Chesters, 14, penyelam remaja warga Belanda disahkan meninggal dunia

Indonesia sambung operasi cari penyelam Belanda

ByBernama

JAKARTA, 12 April : Operasi mengesan penyelam remaja warga Belanda yang dikatakan telah meninggal dunia selepas hilang di perairan Lagoi, Bintan, Kepulauan Riau diteruskan agensi mencari dan menyelamat Indonesia.

Menurut laporan media Malaysia, Nathan Renze Chesters, 14, antara empat orang yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, Mersing, Rabu lepas.

Bapanya, Adrian Peter Chesters, 46, warga Britain yang turut terbabit dalam insiden berkenaan sebelum ditemukan selamat berkata anaknya itu telah meninggal dunia kerana tidak mampu bertahan di laut.

Bagaimanapun, Ketua Polis Mersing Superintenden Cyril Edward Nuing berkata buat masa ini nasib Nathen masih belum diketahui dan pihaknya masih menganggap mangsa hilang sehingga ditemui.

Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Tanjungpinang, Slamet Riyadi dilaporkan media tempatan pada Isnin sebagai berkata Maritim Malaysia memohon bantuan meneruskan pemantauan dan pencarian.

Operasi itu kini dijalankan pasukan gabungan termasuk Tentara Laut Indonesia, Badan Keselamatan Laut, Polis Laut Riau dan Persatuan Nelayan Bintan, katanya.

Warga Norway Kristine Grodem, 35, yang juga jurulatih selam, ditemui selamat pada Khamis lepas dengan Adrian dan Alexia Alexandra Molina, 18, warga Perancis, pula dijumpai pada Sabtu di perairan Indonesia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan