Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Kes positif di Sarawak terus catat penurunan

KUCHING, 11 April: Kes jangkitan harian COVID-19 di Sarawak terus menunjukkan penurunan dengan 178 kes baharu direkodkan pada Isnin.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 302,635 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, daripada keseluruhan jumlah kes yang dilaporkan, sebanyak 175 kes berada dalam kategori satu dan dua, manakala tiga kes dalam kategori empat.

Kuching merekodkan kes harian tinggi (56), diikuti Bintulu (24), Miri (22), Sibu (19), Samarahan (13), Bau (13) dan Sarikei (9).

Sementara itu, dua kematian akibat COVID-19 turut direkodkan masing-masing satu kes pada 8 dan 9 April. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan