Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam kes positif COVID-19 berkaitan varian Arcturus dikesan di Sarawak, dedah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS.

COVID-19: Kes turun di bawah paras 10,000 semalam

KUALA LUMPUR, 11 April : Kes harian COVID-19 di seluruh negara mencatatkan penurunan untuk hari kesembilan dengan bawah 10,000 kes dicatatkan apabila sebanyak 8,112 kes dilapor semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

Sebelum ini kes positif harian turun kepada 10,177 kes pada 9 April berbanding 14,944 kes pada 8 April. Pada 7 April negara mencatat penurunan untuk enam hari berturut-turut dengan 11,994 kes dilaporkan. 

Kali terakhir negara merekodkan kes harian COVID-19 di bawah 10,000 kes adalah pada 5 Feb tahun ini dengan 9,117 kes dilapor sebelum kes mencatatkan peningkatan sehingga mencecah 32,800 kes pada 8 Mac. 

Dr Noor Hisham berkata daripada sejumlah 8,112 kes positif COVID-19 yang dilaporkan semalam, 8,056 kes atau 99.31 peratus dalam kategori satu dan dua. 

“Sebanyak 56 kes atau 0.69 peratus kes dalam kategori tiga, empat dan lima dengan 29 kes (0.36 peratus) kategori tiga, 10 kes (0.12 peratus) kategori empat dan 17 kes (0.21 peratus) kategori lima,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata hanya satu kluster baharu COVID-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini adalah 130 kluster. 

Menurut Dr Noor Hisham kadar kebolehjangkitan Rt yang dicatatkan semalam adalah 0.82, turun sedikit berbanding kadar dicatatkan pada 9 April iaitu 0.83. 

Mengenai penggunaan katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU), beliau berkata dua negeri mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus. 

Negeri tersebut ialah Putrajaya yang mencatatkan kadar penggunaan 100 peratus dan Selangor (53 peratus), katanya. 

Beliau berkata bagi penggunaan katil bukan ICU, hanya satu negeri iaitu Putrajaya mencatat peratusan pengisian melebihi 50 peratus iaitu sebanyak 59 peratus dan bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 tidak ada negeri yang merekodkan penggunaan melebihi 59 peratus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan