Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Guna kayu belian, jeti Kampung Mutap telan belanja RM50,000

MIRI, 11 April: Menggunakan kayu jenis belian merupakan antara faktor yang menyebabkan kos pembinaan semula jeti baharu Kampung Mutap di Bekenu, di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) menelan kos sehingga RM50,000.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri dalam satu kenyataan memaklumkan faktor lain yang turut diambil kira termasuk laluan ke Kampung Mutap, logistik dan prosedur keselamatan yang perlu diambil kira seperti keberadaan buaya di sungai terbabit.

“Anggaran kos adalah berdasarkan Jadual Kadar JKR Sarawak tahun 2020 dengan kadar RM9,000 satu meter kubik bagi kayu belian. Nilai yang lebih rendah berbanding harga pasaran semasa,” katanya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, JKR mengesahkan jeti sepanjang 15 meter tersebut berjaya disapkan lebih awal dan diserahkan pada Ketua Kampung Mutap, Sediah Abdullah pada 6 April lalu.

“Dengan bajet sebanyak RM50,000, JKR Sarawak berjaya membina dan menyiapkan projek jeti sepanjang 15 meter tersebut.

“Pembinaan yang sepatutnya siap pada June telah berjaya disiapkan lebih awal dan diserahkan pada 6 April lalu kepada Ketua Kampung Mutap.” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan JKR bagi menjawab persoalan berhubung kos projek terbabit yang dianggap tidak setimpal dengan jumlah RM50,000.

Sebelum ini pembinaan jeti tersebut yang dicadang JKR menggunakan keluli namun akibat kos yang terlalu tinggi, Ketua Kampung Mutap, Sediah Abdullah menolak cadangan tersebut dan memilih kayu belian sebagai bahan binaan jeti.- TVS

Tags: #bm, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan