Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Meditel wujudkan Bazar Ramadan di persekitaran hospital

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 10 April: Bagi mengelak keperluan bagi komuniti Hospital Umum Sarawak untuk pergi ke Bazar Ramadan di luar hospital yang boleh mengundang risiko penularan jangkitan, Meditel telah tampil untuk menganjurkan Bazar Ramadan buat pertama kalinya di persekitan hospital dengan membuka 35 gerai jualan juadah.

Pengarah Hospital Umum Sarawak Dr Ngian Hie Ung ketika merasmikan Bazar Ramadan Meditel Ceria Street Mall baru baru ini.

Pembukaan Bazar Ramadan yang julung kalinya diadakan di sekitar hospital itu memudahkan komuniti hospital untuk membeli keperluan berbuka puasa selain memeriahkan lagi suasana pada bulan Ramadan.

Pematuhan ketat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP), untuk menjamin kebersihan yang baik, menjadi keutamaan tatkala warga hospital membeli juadah untuk berbuka puasa.

Bazar Ramadan Meditel Ceria Street Mall beroperasi setiap hari bermula dari jam 2.30 petang hingga 7.00 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan