Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cuba sogok RM5,300 kepada anggota APMM, enam warga asing ditahan

KUCHING, 10 April : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu telah berjaya menahan sebuah bot nelayan asing yang sedang menjalankan aktiviti perikanan pada jarak lebih kurang 90 batu nautika di muara Sungai Kemena, Bintulu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Mohd Khairol Annuar Saad berkata, tangkapan tersebut dibuat hasil maklumat risikan serta aduan berkenaan aktiviti pencerobohan bot nelayan asing di kawasan yang dipercayai ‘hot-spot’ di perairan Sarawak.

“Semasa membuat rondaan, kami telah mengesan bot yang mencurigakan sedang leka mencuri hasil laut yang disyakit gamat sekitar jam 9 malam, 8 April lepas yang mana nombor pendaftarannya dari Vietnam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun jelasnya pihak Maritim telah menahan bot tersebut hampir 10 jam kerana bertindak melarikan diri dari diperiksa oleh penguatkuasa.

Hasil pemeriksaan empat kru termasuk tekong mempunyai dokumen pengenalan diri manakala dua kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, selain gagal mengemukakan dokumen kebenaran untuk melakukan aktiviti menangkap ikan.

“Muatan yang dibawa bot tersebut disyaki gamat berjumlah lebih kurang tiga kilogram beserta 2,000 kilogram garam yang digunakan sebagai bahan pengawet gamat tersebut supaya lebih tahan sebelum dibawa pulang ke Vietnam,

“Suspek telah menawarkan suapan kepada pihak Maritim sejumlah RM5,300 bagi tujuan untuk melepaskan mereka serta bot.

“Namun kesemua kru ditahan dan peralatan menangkap ikan serta bot yang dianggarkan bernilai RM500,000 dirampas,” katanya lagi.

Kes tersebut disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran yang sah yang boleh disabitkan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM6 juta dan RM600,000 bagi setiap kru.

Dalam pada itu, kes turut disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana telah cuba untuk memberi suapan kepada penguatkuasa dan jika disabitkan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan