Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hanya satu juta umat Islam di bawah 65 tahun dibenar tunai haji tahun ini – MoHU

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 April : Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MoHU) mengumumkan jumlah jemaah haji yang dibenarkan bagi musim haji tahun ini 1443Hijrah / 2022 Masihi terhad kepada sejuta jemaah tempatan dan antarabangsa.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikan di laman Twitter hari ini, kementerian itu menyatakan jumlah jemaah antarabangsa untuk tahun ini akan mengikut kuota yang diperuntukkan kepada setiap negara berkenaan dengan mengambil kira pematuhan semua kriteria penjagaan kesihatan.

Kementerian menegaskan bahawa musim haji tahun ini terbuka kepada jemaah di bawah 65 tahun yang telah melengkapkan vaksin COVID-19 asas yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Saudi.

Menurut kenyataan itu, jemaah haji yang datang dari luar Saudi wajib menyerahkan keputusan negatif ujian PCR COVID-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.

Kementerian turut mengingatkan keperluan jemaah haji untuk mematuhi langkah berjaga-jaga dan mengikuti semua arahan kesihatan semasa melaksanakan ibadah mereka.

Untuk rekod, tahun lepas Arab Saudi membenarkan hanya 60,000 jemaah domestik meliputi warganegaranya dan warga asing yang berada di negara itu untuk menunaikan haji. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan