Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tuntutan tambahan kerusi Parlimen atas sebab Keluarga Malaysia
Tuntutan tambahan kerusi Parlimen atas sebab Keluarga Malaysia

Tuntutan tambah 29 kerusi Parlimen atas semangat Keluarga Malaysia

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KOTA SAMARAHAN, 8 April : Tuntutan Sabah dan Sarawak untuk menambah sekurang – kurangnya 29 kerusi Parlimen akan diterus diperjuangkan atas semangat Keluarga Malaysia.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, permintaan dua negeri terbesar itu wajar dipertimbangkan atas pelbagai faktor.

“Salah satu kerana mustahak untuk melindungi hak – hak keistimewaan dan pengiktirafan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Bazar Ramadan Kota Samarahan di sini hari ini.

Ketika ini Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen manakala Sarawak dengan 31 kerusi.

Sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri dan Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Sarawak akan tetap menuntut diberi satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen tanpa mengira sama ada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat atau tidak.

Berita selanjutnya menyusul. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan