Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bazar Penrissen syurga makanan semenanjung

Bazar Ramadan Kem Penrissen, syurga makanan Semenanjung

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 8 April : Setiap kali tiba Ramadan, penduduk Sarawak yang berasal dari luar negeri ini terutamanya Semenanjung Malaysia pasti merindui makanan di tempat masing – masing walaupun tidak dinafikan di sini terdapat pelbagai makanan tempatan yang enak.

Jangan khuatir kerana anda masih boleh merasai makanan berkenaan terutamanya kuih muih apabila berkunjung ke bazar Ramadan di Kem Penrissen.

Ini kerana peniaga di sana yang majoriti berasal dari luar Sarawak menawarkan aneka juadah dari Semenanjung Malaysia bagi menarik minat pengunjung.

Menurut peniaga, Erna Ain, idea tersebut timbul dari kalangan penduduk di situ yang rata-ratanya berasal dari semenanjung yang mahukan kelainan disebabkan persaingan sengit dari bazar lain di bandar raya ini.

“Peniaga di sini berasal dari luar Sarawak , kami ingin mempromosikan makanan Semenanjung.

“Pada masa sama , ia merupakan strategi untuk menarik pelanggan datang memandangkan banyak bazar Ramadan di sini,”katanya kepada TVS.

Antara juadah Semenanjung yang boleh didapati di bazar ini ialah pelbagai kuih muih seperti badak berendam, kuih lompat tikam, kuih akok, laksa Penang, kuih ketayap dan banyak lagi.

Kelainan makanan yang dijual itu menjadikan bazar Penrissen sebagai lokasi tumpuan orang ramai termasuk kepada warga Sarawak yang mencari juadah yang belum pernah dirasai mereka sebelum ini.

Seorang pengunjung tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Cyndia berkata, keunikan makanan di lokasi tersebut menjadi sebab mengapa dia memilih bazar itu berbanding tempat lain.

“Saya berasa teruja datang bazar ini kerana boleh membeli makanan yang jarang dijumpai di Sarawak, saya tahu banyak menu istimewa ada di sini, jadi berbaloi untuk datang,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan