Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rasuah Elak Dikompaun: Tiga Anggota Polis Ditahan SPRM
Dua lelaki termasuk seorang Yang Dipertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan penyalahgunaan kuasa pelantikan pengarah urusan sebuah syarikat usaha sama, empat tahun lepas. 

Bocor maklumat: Pembantu Pegawai Agensi ditahan bantu siasatan kes rasuah

JOHOR BAHRU, 7 April: Seorang pembantu pegawai di sebuah agensi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000 berhubung pembocoran maklumat.

Menurut sumber, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru, kira-kira 12.30 tengah hari tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2020 hingga tahun lepas, lelaki berkenaan yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai tadbir di sebuah jabatan telah meminta dan menerima rasuah daripada dua perunding projek sebagai balasan membantu membocorkan maklumat berkaitan projek hendak dipohon oleh kedua-dua individu tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok, bagi permohonan reman.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan