Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MERSING, 7 April -- Identiti empat penyelam warga asing yang dilaporkan hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, di sini telah dikenal pasti. Kesemua mangsa merupakan Kristine Grodem, 35, (atas kiri) yang merupakan jurulatih selam warganegara Norway; Alexia Alexandra, 18, (atas kanan) warga Perancis; Adrian Peter, 46, (bawah kiri) warga British dan anaknya, Nathen Renze, 14, warga Belanda. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tekong bot bawa penyelam warga asing ditahan, positif dadah

ByBernama

MERSING, 7 April : Tekong bot yang membawa empat penyelam warga asing di mana tiga daripada mereka dilaporkan hilang ketika selaman di Pulau Tokong Sanggol, disahkan positif dadah.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki berusia lingkungan 20 tahun itu pada mulanya dipanggil untuk memberi keterangan.

Bagaimanapun, ujian air kencing menunjukkan individu itu positif dadah jenis methamphetamine.

Baca > > > Seorang penyelam hilang di Mersing ditemui selamat

“Kami sudah buat ujian saringan air kencing dan didapati dia positif dadah. Dia akan ditahan sehingga siasatan selesai,” katanya kepada pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, di sini.

Kamarul Zaman berkata individu itu yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Mersing, kira-kira jam 11.30 malam tadi, disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya.

Ketika ditanya sama ada terdapat unsur kecuaian dalam kes kehilangan penyelam warga asing itu, Kamarul Zaman berkata pihaknya kini sedang meneliti semua aspek.

“Kami akan menyiasat dari segi kelengkapan peralatan menyelam mereka dan juga tempat pusat selam skuba dan sebagainya. Kami akan siasat dan pasukan forensik akan sampai untuk membuat siasatan. Kalau ada sesuatu yang berlaku, kalau ada salah laku dan sebagainya pun, kami akan buat siasatan jugak,” kata Kamarul Zaman.

Turut hadir Ketua Staf Am 21 Gerup Gerak Khas Kem Iskandar Mersing Adi Ridzwan Abdullah dan Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria.

Terdahulu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi  meninjau PHC bagi mengetahui status situasi terkini Op Carilamat empat penyelam warga asing itu.

Pada operasi itu, seramai 90 anggota dan pegawai dari pelbagai agensi termasuk 30 penyelam berserta 18 bot dan dua helikopter telah digerakkan.

Pencarian yang masuk hari kedua, meliputi kawasan seluas 107 batu nautika radius.

Pada kejadian tengah hari semalam, mangsa terdiri daripada Alexia Alexandra, 18, (Perancis); Adrian Peter, 46, (British) dan anaknya, Nathen Renze, 14, (Belanda) didapati hilang ketika membuat latihan selaman di pulau berkenaan, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, di sini.

Terkini, penyelam keempat iaitu Kristine Grodem, 35, seorang jurulatih selam warganegara Norway, ditemui selamat sebentar tadi. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan