Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fatimah akan bantu keluarga Yuhanis
Fatimah akan bantu keluarga Yuhanis

Agak sukar, namun akan bantu sehabis baik – Fatimah

KUCHING, 7 April : Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti akan mencari kaedah terbaik untuk membantu keluarga penghantar makanan Food Panda, Yuhanis Abdullah yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya baru – baru ini.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, berdasarkan maklumat awal, keluarga Yuhanis bukan warganegara Malaysia.

Beliau berkata, ibunya, Nur Jannah, adiknya, Siti Maryam dan Allahyarham tidak memiliki dokumen kewarganegaraan.

Baca > > > 100 penghantar makanan beri penghormatan terakhir kepada rakan terkorban kemalangan

“Ibunya memberitahu telah berkahwin dengan warganegara namun tidak ada dokumen perkahwinan yang membuktikan perkara itu.

“Oleh sebab itu agak sukar namun kita akan membantu permohonan kewarganegaraan,”katanya.

Fatimah berkata demikian kepada pemberita selepas melawat keluarga Yuhanis di sini hari ini.

Yuhanis, 20, meninggal dunia selepas terlibat dalam kelamagan kendiri di Jalan Samariang, di sini pada 30 Mac lepas.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, proses permohonan kewarganegaraan hanya boleh dilakukan mengikut Perkara 15 A Perlembagaan Persekutuan.

“Kita akan lihat bagaimana prosedur ini boleh dilakukan khasnya untuk Siti Maryam.

“Dia baharu tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mahu melanjutkan pengajiannya selepas ini,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan