Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 65 000 warga Singapura keluar masuk Malaysia sejak 1 April
Lebih 65 000 warga Singapura keluar masuk Malaysia sejak 1 April

Lebih 65 ribu warga Singapura ‘keluar – masuk’ Malaysia sejak 1 April

ByBernama

PUTRAJAYA, 7 April : Sebanyak 252,730 pengembara masuk dan keluar direkodkan di pintu-pintu masuk utama negara dalam tempoh empat hari sejak sempadan negara dibuka semula pada 1 April, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Daripada jumlah itu, sebanyak 126,392 ketibaan dan 28,301 berlepas melibatkan warganegara Malaysia, manakala 55,121 ketibaan dan 42,916 berlepas adalah pengembara asing, katanya.

Pintu masuk negara yang mencatatkan jumlah pergerakan warga asing tertinggi ialah di Bangunan Sultan Iskandar di Johor iaitu 160,818, diikuti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebanyak 38,407, Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor (53,113), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) (11,712) dan Bukit Kayu Hitam, Kedah (6,980).

Lima negara yang merekodkan jumlah pengembara tertinggi ialah Singapura (65,165), Thailand (7,841), Indonesia (5,173), India (2,477) dan United Kingdom (1,485), katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca > > > Singapura buka sempadan kepada semua pengembara lengkap divaksin pada 1 April

Baca > > > Tangisan, pelukan iringi kepulangan rakyat Malaysia dari Singapura menerusi VTL darat

Pada 8 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sempadan negara dibuka semula pada 1 April lepas selari dengan perancangan negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.

Mengenai pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa, Khairul Dzaimee berkata pihaknya telah mengeluarkan 12,923 naskah pasport dalam tempoh yang sama.

“Dijangka (pengeluaran pasport) akan terus meningkat berikutan orang awam memanfaatkan pembukaan sempadan bagi tujuan melancong ke luar negara dan mengerjakan ibadah umrah,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata pembukaan semula sempadan negara menyaksikan peningkatan pergerakan keluar masuk pengembara asing ke negara ini sebanyak 76.4 peratus manakala pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa meningkat sebanyak 38.2 peratus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan