Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cabul dua wanita, penghantar makanan ditahan

CYBERJAYA, 7 April : Polis menahan seorang penghantar makanan yang disyaki terlibat dalam dua kes mencabul wanita di kawasan parkir pusat komersial Tamarind Square, petang semalam.

Bertindak atas aduan kes cabul yang diterima daripada dua wanita masing-masing berumur 27 tahun dan 34 tahun di kawasan parkir pusat komersial berkenaan sekitar 2 petang Selasa itu, polis melakukan semakan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) bagi memburu suspek.

Baca > > > Polis buru lelaki cabul wanita di Cyberjaya

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata polis berjaya menahan lelaki tempatan berusia 20 tahun itu di Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini, pada kira-kira 12.50 tengah hari.

“Dia mengaku terlibat dalam kes yang disiasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaaan kerana mencabul.

Menurut Wan Kamarul Azran, semakan menerusi rakaman CCTV mendapati suspek tiba di kawasan pusat komersial itu pada kira-kira 1.57 tengah hari Selasa dengan menunggang motosikal Yamaha Lagenda 115 ZR berwarna merah, dan meletakkan motosikalnya di kawasan parkir aras bawah tanah serta dilihat berjalan menuju ke kawasan kaki lima pusat berkenaan.

Polis Sepang menerima dua laporan berkaitan kes cabul di pusat komersial itu, dengan kes pertama melibatkan kes seorang pembantu peribadi di kawasan  parkir aras bawah tanah pada pukul 2 petang, dan kes kedua, 15 minit kemudian melibatkan wanita berumur 34 tahun di hadapan lif tingkat 2 pusat berkenaan.

Wan Kamarul Azran berkata suspek juga dipercayai terlibat dalam kes cabul di pusat komersial sama pada 21 Dis tahun lepas.

Beliau berkata suspek mempunyai rekod jenayah iaitu mencuri motosikal dan memiliki barang curi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan