Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SIBU, 6 April: Seorang wanita dipercayai menghidap sakit mental dan kemurungan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Jalan Sentosa di sini pada awal pagi Isnin.

Wanita kemurungan hilang selepas keluar rumah awal pagi

SIBU, 6 April : Seorang wanita yang dipercayai kemurungan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Jalan Sentosa di sini pada awal pagi Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, wanita itu yang dikenali sebagai Sia Kiong Hui berusia 35 tahun disedari hilang oleh ibunya, 67, pada pukul 4.00 pagi.

Ujarnya, mangsa merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu didapati tiada di biliknya.

“Usaha ahli keluarga mencari mangsa di sekitar kawasan berhampiran rumah mereka gagal dan menyebabkan ibunya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatannya,” katanya di sini hari ini.

Collin berkata, kali terakhir ibu mangsa melihatnya memakai baju tidur berwarna putih.

Mangsa yang bertinggian 160 sentimeter serta berat badan 45 kilogram dikatakan keluar tanpa membawa sebarang dokumen peribadi.

Menurut ibunya, Kiong Hui merupakan pesakit mental dan pernah mendapat rawatan di Wad Psikiatri Hospital Sibu.

Difahamkan mangsa pernah dilaporkan hilang namun kembali semula selepas beberapa hari menghilangkan diri pada 2017. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan